Monday, October 11, 2010

Pelajar Sekolah Agama Kuala Terengganu diserang histeria\

(mista google punyer gambar)
gambar hiasan

Pelajar Sekolah Agama Kuala Terengganu diserang histeria\


KUALA TERENGGANU — Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik di sini kecoh apabila enam pelajar perempuannya diserang histeria selepas acara perhimpunan pagi tadi.

Lima daripada pelajar terbabit merupakan pelajar Tingkatan Lima manakala seorang lagi adalah pelajar Tingkatan Dua yang sebelum ini telahpun terkena histeria pada Khamis lepas.

Difahamkan, pada Khamis lepas, dua pelajar perempuan Tingkatan Dua sekolah itu terkena histeria dan diarahkan dibawa pulang, namun kejadian sekali lagi berulang hari ini apabila seorang pelajar yang sama kembali terkena gangguan itu sebelum merebak kepada lima pelajar Tingkatan Lima.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Razali Daud berkata, sekumpulan ustaz dari Darul Syifa telah dipanggil untuk membantu memulihkan keadaan pelajar terbabit selain usaha membaca surah Yasin yang dilakukan guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan.

"Keadaan terkawal dan setakat petang ini hanya tinggal seorang pelajar perempuan yang masih belum pulih sepenuhnya dan kita telahpun membenarkan mereka dibawa pulang oleh keluarga masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, pelajar yang terlibat dibenarkan bercuti sehingga keadaan masing-masing kembali pulih., beliau enggan mengulas sama ada kejadian berpunca daripada gangguan makhluk halus atau tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berkenaan. — Bernama

kat setiu dah tangkap 9 ekor jin, yang kat sini bape ekor agak2????
kne tunggu hari nyer nt...

5 comments:

lan_ax said...

wow..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

Cik ira said...

lan pe yg wow nyer

Mr. Asada said...

dahsyat.. dahsyat.. kat sekolah saya dulu pun ada gak serangan histeria ni. pernah tengok dengan mata sendiri perempuan dengan kekuatan luar biasa.. huhu..

Cik ira said...

btol 2.. penah juge.. sakit giler tgn nk pegang dak y histeria 2..
naseb bek x kne penyepak+terajang...

Unknown said...

www1022

coach factory outlet
louboutin shoes
christian louboutin outlet
skechers shoes
coach outlet
adidas shoes
moncler jacket
hermes belt
coach outlet
christian louboutin outlet