Showing posts with label NewS. Show all posts
Showing posts with label NewS. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

setelah sekian lama......

assalam uoolss..
hohoho
teruja lak rase..
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

bukak2 tgk nuff ad dapat satu BE
hehehe
setelah sekian lama xdapat..

terima kasih ~ mr nuff
muah muah muah
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info


tuuuuuu~~
tuuuuuuuu~~ ad BE tu
hehehehe

http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info



mmg lama giler xdapat BE ni
skunk da dapat 
so~~ 
mmg teruja giler r.. 
haha!~~~
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

wasalam uolls...
bye bye

http://www.smileycodes.info

Thursday, March 31, 2011

pembikinan tauhu yang~~~~~~~~

assalam uollsss

hai

balik balik dari kelas td bukak fb jap

teng teng teng



kuar gambar kat bawah ni kat depan home 2
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
mai reramai tengok cam ne dieorg wat tauhu..


bukan nak jadikan blog ni 18++ tp giler geli 
http://www.smileycodes.info   http://www.smileycodes.info


http://www.smileycodes.info
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

http://www.smileycodes.info



pas 2 try ty mmber yang post gambar ni

ape citer sebaliknyer

bile dapat tahu

jeng jeng jeng


http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

sape2 suke mkn tauhu 2...


http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info



nmpak cam bukan kat maysia kn..???

tapi member cik itam kat fb ckp ni kat ganu..

ntah btol  ntah tidak kat ganu ni kan..

+++++++++++++++++++++++++

naseb cik itam sekuarga baik sikit kot kalu ni semua jadi kat ganu

sebab kami sekuarga kurang makan tauhu ni
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

hehehehe




by by by


wasalam uolls




http://www.smileycodes.infop/s: pssssttt:

Ada apa dgn CINTA?????

Seorg lelaki bkata kpd Saidina Yusuf a.s: "Ssungguhnya aku mncintaimu" lalu katanya: :Bukankah aku dseksa krn CINTA? Ayahku mncintaiku lalu aku dbuang dlm perigi & aku djadikan hamba. Isteri Al-'Aziz mncintaiku lalu aku dpenjarakan btahun-tahun". Jadi ada apa dgn CINTA? CINTA pd Allah & Rasulnya pasti Abadi, CINTA ......pd diri sndiri pasti tdk akan rugi…

Friday, February 25, 2011

maharaja lawak


Paling kelakar antara semua

MENCARI juara antara juara adalah matlamat program terbaru Maharaja Lawak yang bakal bersiaran setiap Jumaat, jam 10 malam bermula 1 April ini menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Selepas Raja Lawak mencapai kejayaan cemerlang hingga masuk musim kelima, Astro Prima memikirkan mekanisme untuk memartabatkan pelawak tempatan dengan menghasilkan program yang menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM300,000.


Pengurus Saluran Astro Prima yang juga merangkap Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, berkata, program yang akan diacarakan AC Mizal ini bagaimanapun menampilkan format berbeza menyaksikan undian bukan sepenuhnya ditentukan penonton tapi turut ditentukan juri profesional dengan nisbah 50/50. Katanya, inilah masa yang sesuai untuk himpunkan semua finalis musim pertama hingga kini untuk rebut hadiah ditawarkan. "Kami berjaya kumpulkan semua mereka kecuali Along, Angah dan Azrul yang terikat dengan komitmen lain. Format yang ditampilkan memang macam Raja Lawak, tapi kami akan tampilkan tema tertentu. "Kami juga beri kebebasan untuk mereka bergabung dalam sebuah kumpulan. Mereka bebas pilih sesiapa pun asalkan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu mestilah finalis Raja Lawak dan setiap gabungan hanya menampilkan tiga orang," katanya pada sidang media Maharaja Lawak baru-baru ini.

Peserta yang bertanding secara solo ialah Alex (Alexander Ahat), Amir (Mohammad Amirullah Azmi), Jihan (Nuur Jihan Musa) dan Nabil (Ahmad Nabil Ahmad). Peserta berkumpulan pula ialah Jozan yang dianggotai Johan (Mohd Yazid Lim Mohd Aziz dan Zizan (Mohd Razizan Abdul Razak), Kecik & Idlan (Wan-Safuan Madeaming, Achoe-Mohd Ilham Rusdy dan Idlan-Khairul Idlan Abd Razak), Sepah (Mamat -Mohd Noor Murad, Jeff-Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Shuib-Shahmira Muhammad), XN3 (Norazhar Buyong dan Mohd Fahdil) dan Yus & Taukeh (Yussry Edoo dan Zamatul Amri Zakaria). Tiga lagi tempat akan diisi finalis Raja Lawak 5 yang akan berakhir tidak lama lagi.


Melihatkan senarai peserta, seperti dapat diagak, Jozan, Sepah, Kecik dan Nabil mempunyai kelebihan untuk muncul juara kerana aktif dalam bidang seni. Tambah lagi Jozan, kerana Johan dan Zizan turut mengacara Raja Lawak. Bagaimanapun, Nizam menafikan tanggapan itu kerana katanya semua peserta mempunyai peluang untuk menang.


"Hampir semua mereka ada program sendiri dan bergiat cergas dalam seni. Jadi peluang sama rata. Bezanya sejauh mana populariti program itu di mata peminat. Bagaimanapun, kami akan menyiarkan semua footage aksi mereka sebagai cara untuk kembalikan ingatan peminat.

"Kami tiada masalah jika Jozan kalah di tangan peserta lain kerana ini pertandingan. Kami lihat semua peserta sudah teruja dan mula buat persiapan. Tiga orang juri nanti akan bertanggungjawab untuk menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria ditetapkan iaitu kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah," katanya.


Nizam bagaimanapun enggan memberitahu siapa juri terpilih dan menjelaskan identiti mereka hanya akan diketahui pada minggu pertama Maharaja Lawak pada 1 April nanti. Pemenang tempat kedua Maharaja Lawak akan menerima RM200,000 manakala tempat ketiga RM100,000.

Johan dan Zizan ketika ditemui menafikan bergabung kerana semata-mata mahu menang. Mereka pilih untuk bergabung kerana berasakan wujudkan keserasian apabila sering bekerjasama dalam karier.


"Apa saya buat Johan boleh bantu dari belakang. Inilah kelebihan apabila bekerjasama. Kami bukan kejar kemenangan tapi sebaliknya masuk atas jenama Jozan. Astro yang tentukan mana-mana peserta yang sesuai bertanding. Saya pernah tampil solo sebelum ini, tapi berasakan lagi kuat bila ada Johan," kata Zizan.


Johan pula berkata, menang atau kalah perlu diletak tepi dahulu kerana mereka mahu menyahut cabaran program ini. Jika ditakdirkan mereka tersingkir awal pun tapi dalam keadaan kelakar, mereka menerimanya dengan hati terbuka. Mereka juga tidak memikirkan mengenai saingan peserta lain sebaliknya mahu memberikan persembahan terbaik serta boleh mendidik masyarakat.


Pendapat Jozan dipersetujui Sepah yang berkata tiada gunanya menjadi juara jika tidak tampilkan persembahan kelakar. Yang penting mereka tampilkan persembahan yang terbaik dan boleh diterima penonton.


"Kalau teruk kena kritik dengan juri pun kami tak kisah kerana kami tak sedar kelemahan sendiri. Hanya juri yang nampak. Komen mereka pasti akan memantapkan lagi lawak kami," kata mereka yang sanggup menolak tawaran berlakon kerana menumpukan pada Maharaja Lawak. Sementara itu, Jihan pula awalnya berbelah bagi untuk bertanding kerana dia satu-satunya wanita dan berasa rendah diri. Namun apabila difikirkan semula, inilah peluang baginya untuk muncul semula di mata peminat.


"Saya bermula sebagai peserta solo, jadi biarlah saya terus tampil solo. Tak dinafikan saya berasa gentar tapi akan tunjukkan kuasa wanita dalam pertandingan ini. Sebenarnya saya lebih suka tampil solo kerana jika buat salah, pasangan saya takkan tuding jari sebagai punca kekalahan itu," katanya jujur.


jozan

sepah

kechik & idlan

jihan

Monday, February 21, 2011

kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) Universiti Malaya (UM)

Dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) Universiti Malaya (UM) yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung berlangsung esok.

masturah abu bakarKehilangan calon wanita tersebut - Masturah Abu Bakar - dilaporkan oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, di balai polis Pantai, jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporannya itu, Nurhanis berkata pada jam 4.15 petang semalam, dia bersama Masturah, 22, berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam - yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Katanya, ketika merada berada di antara blok D dan blok E pangsapuri tersebut, Masturah memberitahunya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan memintanya menunggu di blok E.

Menurut laporan polis itu lagi, Nurhanis berkata, selepas lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal.

universiti malaya pro m students pc on missing candidate 200211 1Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, dan masih gagal menemui Masturah, Nurhanis membuat laporan polis pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporan polis itu juga, Nurhanis memberitahu bahawa seorang lagi rakannya telah menghubungi keluarga Masturah selepas insiden itu berlaku.

"Semasa kawan saya keluar, (dia) berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, tinggi lebih kurang 173 (cm), berkot labuh warna hitam berkasut sandal berwarna putih," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu juga menyebut bahawa sebelum itu, Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat".

Sehubungan itu, Nurhanis membuat laporan polis kerana "takut" tentang keselamatan Masturah di kemudian hari.

Sementara itu, wakil calon Masturah - Rohayu Rosli - pula membuat satu lagi laporan polis di balai yang sama pada jam 11.40 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah.

Salinan dua laporan polis tersebut diedarkan pada wartawan dalam sidang akhbar oleh sekumpulan pelajar pro-M yang diketuai oleh pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah di depan Dewan Tuanku Canselor UM petang ini.

Dalam sidang media, Farid mendesak pentadbiran UM agar bertanggungjawab di atas kehilangan Masturah kerana penetapan tarikh kempen yang ditentukan pada hujung minggu bermula 18 Februari hingga 20 Februari.

Ini kerana katanya, penetapan tarikh itu menyukarkan proses berkempen disebabkan hampir semua pelajar universiti tidak berada di kampus, malah sebelum ini desakan pro-M meminta agar masa kempen ini diubah juga tidak dilayan.

Dakwanya, hampir seluruh kolej kediaman mengadakan sekatan kepada calon pro-M untuk berkempen dan pelajar yang mengakui diri mereka ahli jawatankuasa kolej turut didakwa menyekat kemasukan orang luar termasuk tempoh berkempen selama 10 minit.

"Oleh hal demikian, calon-calon pro-Mahasiswa mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi ziarah ke luar kampus.

"Rentetan penetapan syarat-syarat yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa induk inilah memaksa para calon menjalankan sesi ziarah diluar yang secara jelas tidak menjamin keselamatan para calon," katanya.

Farid juga menuntut agar pihak universiti menunda pilihan raya kampus sehingga Masturah yang juga pelajar Akademi Pengajian Islam UM ditemui semula.

Ketika ditemui pemberita selepas sidang media itu, Farid berkata pihak universiti juga turut dimaklumkan berhubung kehilangan Masturah.

Sehingga selesai sidang akhbar tersebut kira-kira jam 5.15 petang tadi, Farid memberitahu pemberita bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa perkembangan berhubung kehilangan Masturah.

UM adalah antara lima universiti utama yang akan mengadakan pilihan raya kampusnya esok.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/156533


berita terkini..http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

latest news: from sepupu mangsa (clazmate cik itam) mangsa di tinggalkn di bangi, dan dapat menghubungi keluarga mengunakan telefon org awam untuk memberitahu lokasi mangsa d'tinggalkn..


cik itam: skunk ni semua U ngah dalam proses pemilihan MPP bru.

cm kat U cik itam pun semua duk bermanifesto skunk ni..

poster calon ad kat sekuruh U skunk ni..

mintak2 x jadi lah cm kat UM ni..



motif lrtak gmbr: xde motif.. gedikz

Wednesday, January 12, 2011

mentor 5

salam uolls..
hari ni nak update blog r rsenyer..
jum bace ntry kali ni




barisan mentor5


ERRA FAZIRA
KRITERIA PROTEGE:
  • Lelaki & Perempuan
  • Boleh menyanyi pelbagai genre muzik
  • Boleh menyanyi Rock adalah Bonus
  • ** BERDISIPLIN DAN SERIUS
  • *** UJIBAKAT SRI PENTAS TV3,BANDAR UTAMA
  • ***JAM 10 PAGI -- 5 PETANG
  • *** PADA 16 JANUARI 2011(ahad)
  • RAHIM MAAROF
    KRITERIA PROTEGE:
    • Lelaki & Perempuan
    • Boleh menyanyi pelbagai genre muzik
    • Boleh menyanyi Rock adalah Bonus
    AFDLIN SHAUKI
    KRITERIA PROTEGE:
    • Lelaki & Perempuan
    • Boleh menyanyi pelbagai genre muzik
    • Boleh berlakon
    • Sanggup bersusah payah
    • ** BERDISIPLIN DAN BERPEWATAKAN MENARI
    • ** MAHU MENGUBAH CARA HIDUP KEPADA YANG LEBIH BAIK
    • *** UJIBAKAT SRI PENTAS TV3,BANDAR UTAMA
    • ***JAM 10 PAGI -- 5 PETANG
    • *** PADA 15 JANUARI 2011(sabtu)
    NOH(hujan)
    KRITERIA PROTEGE:
    • Lelaki & Perempuan
    • Boleh bermain alat muzik
    • Berinteraksi dengan penonton dengan baik
    • Berpenampilan yang menariK
    DATO' SHARIFAH AINI
    KRITERIA PROTEGE:
    • Perempuan sahaja
    • Berdisiplin dan mendengar kata
    • Boleh menyanyi pelbagai genre muzik

    EDRY ABDUL HALIM
    KRITERIA PROTEGE:
    • Lelaki dan perempuan
    • Genre muzik Pop
    • Kesungguhan yang tinggi
    • Mempunyai suara yang unik

    sape2 yang rase ad bakat 2.. leh lah try2 n cube g ujibakat2 yang di jalankan 2..
    hehehe
    mne thukan kalu nasib menyebelahi kita hari 2..
    rezeki ad kat mane2 je kn..

    chow...