Showing posts with label kawen. Show all posts
Showing posts with label kawen. Show all posts

Friday, March 22, 2019

My Other Half ( Honeymoon)

First Honeymoon 
Penang








Second Honeymoon 
Cameron Highland












Third Honeymoon 
Cherating, Pahang




Tuesday, March 29, 2011

Hukum nikah di masjid harus, digalakkan

SUDAH menjadi amalan biasa bagi pasangan hari ini yang melakukan upacara akad nikah di dalam masjid. Malah banyak masjid yang menyediakan bilik khas bagi majlis berkenaan.
Masjid dipilih kerana ruangnya yang luas dan selesa, memudahkan urusan jurunikah jika pada hari itu terdapat beberapa majlis lain serta memberi ketenangan dan keberkatan.

Dari sudut lain, kebaikan itu pasti bertukar sebaliknya jika dicemari dengan tindak-tanduk kurang sopan mereka yang hadir seperti memakai pakaian tidak menutup aurat, berbual hal keduniaan, mengumpat dan membuat bising sehingga mengganggu orang lain melakukan ibadah.
Jika berlaku perkara sedemikian, maka berlaku ketidakseimbangan pada majlis berkenaan. Perkara terbaik adalah memastikan kita mematuhi serta menghormati institusi masjid sebagai tempat ibadah.


SYUKUR...selesai saja majlis akad nikah, pengantin digalakkan sujud syukur. - Gambar hiasan
Biarkan mereka yang terbabit dalam urusan itu saja hadir. Ahli keluarga atau kenalan juga boleh turut serta tetapi perlu memastikan mereka tidak melanggar adab dan tingkah laku ketika berada di dalam masjid. 

Diriwayatkan bahawa datang seorang wanita kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Ya Rasulullah s.a.w aku serahkan (tawarkan) diriku kepadamu (untuk dikahwini). Nabi memerhatikannya kemudian menganggukkan kepalanya. Apabila wanita itu melihat Nabi tidak melakukan apa-apa, dia pun duduk.

SYUKUR...selesai saja majlis akad nikah, 
pengantin digalakkan sujud syukur. - Gambar hiasan








Hukum akad nikah di dalam masjid sebenarnya adalah harus dan dibenarkan manakala ada pendapat yang mengatakan hukumnya digalakkan (mustahab), tidak boleh ditolak, lebih-lebih lagi daripada pendapat ulama muktabar.Bangun seorang lelaki daripada kalangan sahabat dan berkata: Ya Rasulullah jika engkau tidak berhajat kepadanya, maka kahwinkanlah aku dengannya. Nabi bersabda: Adakah engkau punyai sesuatu? Lelaki itu menjawab: Demi Allah, tiada Ya Rasulullah. Nabi bersabda: Baliklah kepada keluargamu dan carilah sesuatu jika kamu menjumpainya. Lelaki itu pun beredar dan datang semula sambil berkata: Tiada, demi Allah aku tidak jumpa apa-apa. Nabi bersabda: Carilah walaupun sebentuk cincin daripada besi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis berkenaan menjadi dalil bahawa Nabi Muhammad melakukan akad nikah di dalam masjid. Selain itu, antara adab lain yang perlu dipatuhi termasuk mulakan dengan solat tahiyatul masjid, tidak berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

Jika pengantin perempuan didatangi haid, wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali kemudian meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah selain tidak bergambar secara melampau di dalam masjid.


Ibnu Taimiyah berkata: Dan oleh kerana nikah itu tergolong daripada perkara ibadah, maka digalakkan akad (nikah) di dalam masjid. (Sumber Majmu' al-Fatawa, Darul Ma'rifah, Beirut, jilid 3, halaman 122).

Oleh itu, lebih afdal mencari keberkatan di masjid. Ia tidak pun meniru agama Kristian kerana Islam mempunyai rujukannya tersendiri.

Melakukan akad nikah di tempat mulia seperti masjid sebenarnya penuh dengan keberkatan.

Sebelum bermula majlis akad, seeloknya pengantin lelaki melaksanakan solat sunat taubat bagi memohon keampunan kepada Allah. Pasangan juga perlu memohon kemaafan dan restu daripada ibu bapa.

Akad nikah yang dilakukan dalam masjid bertujuan menghayati perkara nikah kahwin, asal usul pernikahan antara Nabi Adam dengan Hawa, memohon Allah melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya untuk memulakan alam rumah tangga.

Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata, masjid didirikan bukan hanya sekadar tempat melaksanakan ibadat solat berjemaah sahaja tetapi tempat berlangsungnya pelbagai aktiviti sosial dan program kemasyarakatan.

"Maka dari situ terlihatlah nilai keislaman dalam proses perhubungan timbal balik dengan kehidupan di luar masjid. Dalam erti kata lain, masjid adalah sebuah institusi yang tidak bersifat statik tetapi berperanan membangunkan masyarakat Islam.

"Masjid adalah tempat terciptanya peradaban Islam unggul pada kacamata dunia sebagaimana pernah dirintis generasi Rasulullah dan sahabat," katanya.

Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buty pernah berkata: Tidak hairanlah jika masjid adalah tonggak utama dan terpenting yang mendasari pembentukan sebuah masyarakat Islam yang unggul kerana masyarakat Islam tidak akan terbentuk secara kukuh dan rapi kecuali dengan komitmen mereka terhadap Islam, di mana hal itu tidak boleh diwujudkan sama sekali kecuali dengan cara memakmurkan masjid," katanya.

Beliau berkata, tiada halangan untuk mengadakan majlis perkahwinan di masjid asalkan diadakan secara sederhana untuk tujuan akad nikah saja.

"Apabila berada di dalam masjid, jangan sesekali mengabaikan adab, tingkah laku, batasan dan pergaulan. Akad nikah sebenarnya satu amalan ketaatan dan digalakkan mengadakannya di masjid.

"Malah Jumhur Ulama Fikah daripada mazhab Shafie, Hanafi dan Hambali berpendapat hukumnya sunat jika mengadakan majlis akad nikah di masjid," katanya.

Engku Ahmad Zaki berkata, akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat peradaban ummah.

"Setiap Muslim wajib menjaga adab dan kesucian rumah Allah ini. Kebiasaannya apabila kaum keluarga atau rakan bertemu, pasti saja ada pelbagai cerita yang dibangkitkan sehingga menyebabkan keadaan menjadi riuh rendah.

"Sedangkan di dalam masjid kita dilarang meninggikan suara tidak kira sama ada untuk berzikir atau membaca al-Quran kerana ia mengganggu orang lain beribadat," katanya.

Beliau berkata, umat Islam mengadakan majlis akad nikah di masjid dengan harapan untuk mendapat keberkatan sebagaimana keberkatan di Masjidilharam.

"Mudah-mudahan majlis akad nikah yang diadakan di masjid dilimpahi keberkatan Ilahi, selain hubungan suami isteri berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Kenyataan mengatakan akad nikah di masjid menyerupai amalan Kristian satu kenyataan yang perlu diperhalusi maknanya secara mendalam serta perhatian secara serius oleh umat Islam," katanya.

Engku Ahmad Zaki berkata, umat Islam perlu memastikan majlis akad nikah yang diadakan di dalam masjid mengikut hukum syarak.

"Elak melakukan amalan yang bercanggah dengan Islam seperti persandingan di dalam masjid, percampuran antara lelaki dan perempuan serta tidak memelihara adab.

"Masjid bukan hanya dikunjungi tetapi dihidupkan hati dan perbuatan setiap Muslim di atas dasar iman, ikhlas dan takwa kepada Allah," katanya.



KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID

1. Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2. Niat I'tikaf.
3. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
4. Bapa minta izin daripada anak.
5. Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
6. Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
7. Pemilihan saksi.
8. Membaca khutbah nikah.
9. Ijab qabul dijalankan.
10. Membaca doa.
11. Membaca lafaz ta'lik.
12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.

PERINGATAN

1. Jika pengantin perempuan uzur syar'ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
2. Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.
3. Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak masuk ke dalam masjid.
4. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
5. Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6. Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.

CARA SUJUD SYUKUR

1. Berwuduk.
2. Menutup aurat.
3. Menghadap kiblat.
4. Berdiri, terus bertakbir sambil mengangkat tangan ke telinga dan niat; "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala".
5. Terus sujud sekali dan membaca;
6. Niat di dalam hati; "Aku bersyukur kerana dikurniakan suami / isteri".
7. Terus duduk dan memberi salam.
Semua ulama sepakat bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh syarak.

Saturday, March 12, 2011

nak kawen jugak!!!

assalam uolls..

hari ni ada kenduri lagi la

besalah kan da nak stat cuti sekolah

ramai je orang kawen tyme ni kn??
:inlove::inlove:
hehehe

nak kawen jugak....
tapi calon xde lagi..
:tsk:

:puppyeyes:hehe:puppyeyes:
:woooh:hihihi:woooh:

kat depan umah..

seperti kebiasaan

nunggu mak siap..

:blush:hehehe:blush:



auuuucaakkkkk!!
hehehe
kat belakang nung..
:puppyeyes::blush::puppyeyes:


dieorg panggil gambar ni

gambar irah mati anak..

hahaha

(irah: anak buah cik itam)


bergambar ngan pengantin

selamat pengantin baru kak madihah n suami
( kak madihah ni kawan akak cik itam yang pakai baju oren 2 )


----------------------------------------------------------------

balik dari kenduri 2, smpai je kawasan umah... mmg terkejut giler.
sebab air naik kat jalan masuk umah



xsampai 1 jam kot air dah melimpah

maybe sebab longkang kecik kot n

skunk ni kat kawasan kampung cik itam ni ad project LPT(lbuhraya pntai timur)

`~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

:puppyeyes::puppyeyes:
okayyyy~~~
daaaaaaaaa

jalan dulu~~~
hahahaha

chow
nyte2
oyasumi minasan~~~!!
wasalam

Friday, March 11, 2011

11 march 2011

assalam uoolls

hai..

rindu cik itam x??
:woooh::woooh:
haruslah rindu kan??
:ayokona:
hahahaha
prasan je kan cik itam ni.
hik hik hik
hari ni jumaat 11/3/2011
jumaat
:puppyeyes:
cik itam adik bradik g kenduri kawen adik ipar abg cik itam
gambr kat bwah ni dah siap nak gerak da ni

mase ni juz tunggu mak je siap kot..
kami adik bradik mmg suke snap2 ni
hehehe:blush::devilishgrin:
kalau tak percaya tengok gambar2 kat bawah ni


:blush:lagi:woooh:


:woooh:shawl kelabu 2 akak cik itam:blush:


:woooh:lagi dan lagi:blush:

:blush:ni cik itam n adik bongsu cik itam:woooh:
:inlove:chu na nama nya.:sweaty:

:astig::anongnangyari::astig:
:astig::anongnangyari::astig:
hehehe
dalam kete pun sempat lagi..

time ni b'henti jap kat masjid kampung lerek,tepoh, terengganu
tunggu pengantin siap2 n make up2
:puppyeyes:
duk rehat2 citu
:puppyeyes:cik itam x prasan pun y kat dalam masjid 2 ada ceramah agama cikit:puppyeyes:
(sbb yang dgr nyer cikit je, pas 2 pmpuan2 yang da berumur~~xsmpai pun 10 org)
tibe2 ada ustaz bukak sliding n ajak kiteorg masuk dgr sekali
:puppyeyes:kiteorg pun masuk lah dengar 2 sekali.:puppyeyes:
ustaz 2 lembut je suare die, besh dapat dengar ceramah die hari ni
sementara cik itam kat situ dapat lah ilmu sedikit
:puppyeyes:ustaz cerita sal sembahyang, isteri y baik n ada lagi lah sikit2..:puppyeyes:
:woooh:ni bile da nak gerak ke umah pengantin:puppyeyes:

uitzzz... da smpai pun umah pengantin ..
majlis ni dieorg wat kecik2 je..
mmg kecik lah ...
sebab xramai pun yang datang..

hehehe
kat umah pengantin ni ada kembar tau..
gugurlz..
comey giler..

dieorg duk tido meniarap tas tilam dieorg.:puppyeyes:
geram sesgt nak picit2 je pipi dieorg..:puppyeyes:
hahaha
da la pakai skirt pink due2..:puppyeyes:
ishhhh!!
comey nyerrrr..:puppyeyes:
gerammm...:puppyeyes:

___________________________________
tyme balik majlis ni la abg cik tam col n cakap ada gempa n maybe tsunami:takot::galit: :takot:
alhamdulillah setakat ni xde lagi tsunami kat malaysia.:puppyeyes:
n amaran pun da di hentikan kn???

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
k lah setakat ni je lah.
chow dulu
nyte2..
:sleep:oyasumi minasan:sleep:~~~~~
wasalam..:sleep: