Showing posts with label alfatihah. Show all posts
Showing posts with label alfatihah. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Mainan Kuasa BARAT dalam kerajaan kepimpinan Mua'mar Al Qaddafi di LIBYA


Al-Fatihah buat Gaddafi.

Sekarang mari kita lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Thursday, May 19, 2011

alfatihah untuk arwah bro telordibasuh ( Abdul Hakim Bin Mohd Kamal )

assalam  semua
balik jer dari opis td 
bukak fb terbaca satu post ni kat portblogger



ni post yang cik ira rembat daripada fb port blogger

Marilah Kita Beramai-ramai Sedekahkan Al-fatihah Untuk
TelurdiBasuh @ Abdul Hakim Bin Mohd Kamal(blogger)

dari abang telor :

(8 hours ago)
hakim sekarang ni masih berada di wad ICU hospital putrajaya, dia kena jangkitan paru2, tak boleh bernafas sendiri, paru2 dia jd keras.. minta tolong ye sama2 kita mendoakan kesejahteraan untuk dia.

(40 minutes ago)
innalillahiwannilaihirajiun.. Abdul Hakim Bin Mohd Kamal.. Adikku yg tersayang telah kembali ke rahmatullah.. sama2 kita mendoakan kerahmatan dan keampunan padanya.. =(


walaupun cik ira xkenal secara personal bro telordibasuh 
tapi cik ira suke baca blog die..

mari sesama kite sedekahkan alfatihah kepada arwah..
semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman..

 AL-FATIHAH 




http://telordibasuh.blogspot.com/2011/05/ce-ce-teka-siapa-aweks-ni-haha.html#more 


ni post yang paliing latest dari blog telordibasuh