Friday, July 30, 2010

penangan KAU LAKSANA BULAN


firas ooo firas ali...
pe punyer penangan...
duk angau ngan c firas lah plak

tgk citer kau laksana bulan ni
boleh ngis boleh senyum sorang2...

kalau nk tgk g kat website ni dramamelayu.com
kalau nk tahu ttg lebih lanjut sal citer ni klik sini
cite ni di adaptasikan dari novel "kau laksana bulan karya aina amir"
pelakon-pelakon dalam citer ni
ayu raudah -adriana
zulhuzaimie-firas ali
fizo omar-syafiq
razif-asyraf muslim

tgk tau besh citer ni......

ni plak sinopsis novel "KAU LAKSANA BULAN" karya AINA EMIR

"Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama
Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!
Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya.
Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan.
Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat,
namun harapan dan impian tidak pernah terjadi
sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah
ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon,
malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.
Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika.
Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula,
cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit
hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya
menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi.
Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada
kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu
mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali,
masih ada Eizlan yang muncul secara misteri,
dan mula menghantui hidupnya!
"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti
sang bulan tersenyum di langit"
Kau Laksana Bulan pastinya merupakan novel yang
mendebarkan dan akan membuat anda mahu terus
membaca untuk mencari jawapan kepada
teka teki dalam perjalanan cerita!"


skunk ni cik itam dah ad 8
episod dari 13 episod citer ni, ad clazmate cik itam y minat citer ni n dolot..
c mirul ni duk berangan je nk jdi cm firas..
ish3x
mmg kuat tol penangan firas skunk ni..

2 comments:

acepa weet said...

kalu aina emir punye cite mmg la kite suke hehehe...bes3

rainbowcloudy said...

seyies ah citer ni memang berhantu ah. dah la tayang time FIFA ritu.. kitorang adik beradik berebut remote ngn abah.. adoiii.. last2 bg kat abah sbb pikir leh tgk lam utube huhuu...

THE BEST!!