Sunday, September 27, 2009

SANTAU

Santau ialah sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuholeh pengamal ilmu hitam (bomoh). Santau dilakukan dengan 2 cara iaitu fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan di hembuskan ke arah musuh.

Bahan-bahan untuk membuat santau ini diambil daripada miang buluh,kaca,duri, kayu daripada keranda mayat,tulang2 haiwan,kuku manusia dan mayat.

Selepas itu bahan tadi akan dijampi dan ditapai selama 40hari dengan teliti. Santau yang di tapai selama 40hari adalah santau yang paling merbahaya berbanding santau yang di tapai untuk tempaoh waktu yang pendek. Bomoh akan menanam santau ini dikawasan yang ditetapkan seperti di pangkal pokok pisang.

Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam,pengsan dan meninggal dunia. Inilah bahayanya santau yang mangsa kebiasaanya tidak menyedari akan petanda yang ada di sekeliling mereka. Orang yang guna khidmat bomoh untuk menyantau orang yang dibencinya kebiasaannya bertujuan untuk membalas dendam dan mempunyai sikap iri hati.

Terdapat pelbagai jenis santau, yang digemari oleh bomoh ialah :

1. Santau kaca : santau ini diletakkan dalam makanan atau minuman si mangsa.

2. Santau lintah :lintah di jampi dan ditujukan kepada mangsa, mangsa akan muntah darah dan sakit perut yang teramat sangat kebiasaanya susuk badan akan menurun kerana lintah menghisap darah di dalam perut si mangsa.

3. Santau angin : juga ditujukan kepada si mangsa

- Untuk menjauhi santau amal surah 4 kul dah ayat kursi ( sebelum tidur) dan kalu nak makan atau minum baca bismillah dan doa makan.insyaALLAH

- Klu nak brubat cari lah tepat berubat yang betul2 mengamal kan ayat2 suci alquran, jgn cari bomoh plak.cari lah ustaz2 atau pengamal perubatan tradisional ya btol. ( cam darussifa’)

Rawatan berasaskan AL-QURAN

- bacaan surah yassin ( atau 30 juz) oleh madrasah tahfiz

- bacaan surah yassin ( dan lain2 surah oleh tokguru2 agama

) - tahlil yassin oleh sedara mara,jiran2

tetapi kalu ada umat wahabi yang tentang baca amalan surah yassin suruh dia baca suarah al-baqarah 286 ayat) yang lain baca surah yassin (83 ayat)

insyaALLAH




No comments: