Thursday, April 21, 2011

jangan-mencari-terlalu-sempurna

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja….
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu….



***********************************************

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….

Begitu juga….
Jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya….



*********************************************************

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga..........
Jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU…
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik oranglain
Kamu juga yang akan MENYESAL….





************************************************







dari DR.FADILAH KAMSAH


amik dari sini

18 comments:

Anonymous said...

NICE..!!

Anonymous said...

NICE...!!

Afuan Shah said...

pergh!!mendalam la..auWW!

Mr.Superman said...

apsal jiwang.... -___-"

ishiko said...

ayok... debuk!!!! terasa ah. lalalaa~

goguma kapel !!! wweeee.. sukaa

Unknown said...

wah.. berguna ni.. hhe^_^

deDetz said...

betul..merugikan diri sendiri jika kita terlalu mengejar kesempurnaan =)

cacing said...

wawiiii!!! bnyk kali baca tapi tak bosan!

Unknown said...

hehe..kalo tangkap ikan orang lain punyer..pastu wat balik cmner?

Cik ira said...

hehehe.. macam2 la apik ni..

Cik ira said...

mr thinker: tengz

Cik ira said...

afuan: pergh! mendalam ke??

abg staker: mne de jiwang... saje nak kongsi

Cik ira said...

ishiko: ye ye ...ad gak org y cam ira kat sini.. suke goguma kapel.. hehehee


shaz: berguna2 tu la pasal kongsi2 ni

Cik ira said...

dedetz: btol 2 .. xyah la kejar pe yangg x pasti y di kendung bercicirrn..


cacing: xpe baca lah bnyak kli pun.. xkesah

panda montel said...

refreshing sangat hehe

Nabilla Nasir said...

yg pnting sntiasa bersedia utk dilukai. kalau tak xpayah bercinta. huhu ^^

Izyan Masri said...

BETUL.NOBODY PERFECT.SO,KENE TERIMA JE :D

AdaApe..? said...

bez entri ni :)