SUDAH menjadi amalan biasa bagi pasangan hari ini yang melakukan upacara akad nikah di dalam masjid. Malah banyak masjid yang menyediakan bilik khas bagi majlis berkenaan.
Masjid dipilih kerana ruangnya yang luas dan selesa, memudahkan urusan jurunikah jika pada hari itu terdapat beberapa majlis lain serta memberi ketenangan dan keberkatan.
Dari sudut lain, kebaikan itu pasti bertukar sebaliknya jika dicemari dengan tindak-tanduk kurang sopan mereka yang hadir seperti memakai pakaian tidak menutup aurat, berbual hal keduniaan, mengumpat dan membuat bising sehingga mengganggu orang lain melakukan ibadah.
Jika berlaku perkara sedemikian, maka berlaku ketidakseimbangan pada majlis berkenaan. Perkara terbaik adalah memastikan kita mematuhi serta menghormati institusi masjid sebagai tempat ibadah.
Biarkan mereka yang terbabit dalam urusan itu saja hadir. Ahli keluarga atau kenalan juga boleh turut serta tetapi perlu memastikan mereka tidak melanggar adab dan tingkah laku ketika berada di dalam masjid.
Diriwayatkan bahawa datang seorang wanita kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Ya Rasulullah s.a.w aku serahkan (tawarkan) diriku kepadamu (untuk dikahwini). Nabi memerhatikannya kemudian menganggukkan kepalanya. Apabila wanita itu melihat Nabi tidak melakukan apa-apa, dia pun duduk.
SYUKUR...selesai saja majlis akad nikah,
pengantin digalakkan sujud syukur. - Gambar hiasan
Hadis berkenaan menjadi dalil bahawa Nabi Muhammad melakukan akad nikah di dalam masjid. Selain itu, antara adab lain yang perlu dipatuhi termasuk mulakan dengan solat tahiyatul masjid, tidak berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.
Jika pengantin perempuan didatangi haid, wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali kemudian meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah selain tidak bergambar secara melampau di dalam masjid.
Ibnu Taimiyah berkata: Dan oleh kerana nikah itu tergolong daripada perkara ibadah, maka digalakkan akad (nikah) di dalam masjid. (Sumber Majmu' al-Fatawa, Darul Ma'rifah, Beirut, jilid 3, halaman 122).
Oleh itu, lebih afdal mencari keberkatan di masjid. Ia tidak pun meniru agama Kristian kerana Islam mempunyai rujukannya tersendiri.
Melakukan akad nikah di tempat mulia seperti masjid sebenarnya penuh dengan keberkatan.
Sebelum bermula majlis akad, seeloknya pengantin lelaki melaksanakan solat sunat taubat bagi memohon keampunan kepada Allah. Pasangan juga perlu memohon kemaafan dan restu daripada ibu bapa.
Akad nikah yang dilakukan dalam masjid bertujuan menghayati perkara nikah kahwin, asal usul pernikahan antara Nabi Adam dengan Hawa, memohon Allah melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya untuk memulakan alam rumah tangga.
Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata, masjid didirikan bukan hanya sekadar tempat melaksanakan ibadat solat berjemaah sahaja tetapi tempat berlangsungnya pelbagai aktiviti sosial dan program kemasyarakatan.
"Maka dari situ terlihatlah nilai keislaman dalam proses perhubungan timbal balik dengan kehidupan di luar masjid. Dalam erti kata lain, masjid adalah sebuah institusi yang tidak bersifat statik tetapi berperanan membangunkan masyarakat Islam.
"Masjid adalah tempat terciptanya peradaban Islam unggul pada kacamata dunia sebagaimana pernah dirintis generasi Rasulullah dan sahabat," katanya.
Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buty pernah berkata: Tidak hairanlah jika masjid adalah tonggak utama dan terpenting yang mendasari pembentukan sebuah masyarakat Islam yang unggul kerana masyarakat Islam tidak akan terbentuk secara kukuh dan rapi kecuali dengan komitmen mereka terhadap Islam, di mana hal itu tidak boleh diwujudkan sama sekali kecuali dengan cara memakmurkan masjid," katanya.
Beliau berkata, tiada halangan untuk mengadakan majlis perkahwinan di masjid asalkan diadakan secara sederhana untuk tujuan akad nikah saja.
"Apabila berada di dalam masjid, jangan sesekali mengabaikan adab, tingkah laku, batasan dan pergaulan. Akad nikah sebenarnya satu amalan ketaatan dan digalakkan mengadakannya di masjid.
"Malah Jumhur Ulama Fikah daripada mazhab Shafie, Hanafi dan Hambali berpendapat hukumnya sunat jika mengadakan majlis akad nikah di masjid," katanya.
Engku Ahmad Zaki berkata, akad nikah di masjid sememangnya baik kerana ia dapat melestarikan fungsi sebenar masjid sebagai pusat peradaban ummah.
"Setiap Muslim wajib menjaga adab dan kesucian rumah Allah ini. Kebiasaannya apabila kaum keluarga atau rakan bertemu, pasti saja ada pelbagai cerita yang dibangkitkan sehingga menyebabkan keadaan menjadi riuh rendah.
"Sedangkan di dalam masjid kita dilarang meninggikan suara tidak kira sama ada untuk berzikir atau membaca al-Quran kerana ia mengganggu orang lain beribadat," katanya.
Beliau berkata, umat Islam mengadakan majlis akad nikah di masjid dengan harapan untuk mendapat keberkatan sebagaimana keberkatan di Masjidilharam.
"Mudah-mudahan majlis akad nikah yang diadakan di masjid dilimpahi keberkatan Ilahi, selain hubungan suami isteri berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Kenyataan mengatakan akad nikah di masjid menyerupai amalan Kristian satu kenyataan yang perlu diperhalusi maknanya secara mendalam serta perhatian secara serius oleh umat Islam," katanya.
Engku Ahmad Zaki berkata, umat Islam perlu memastikan majlis akad nikah yang diadakan di dalam masjid mengikut hukum syarak.
"Elak melakukan amalan yang bercanggah dengan Islam seperti persandingan di dalam masjid, percampuran antara lelaki dan perempuan serta tidak memelihara adab.
"Masjid bukan hanya dikunjungi tetapi dihidupkan hati dan perbuatan setiap Muslim di atas dasar iman, ikhlas dan takwa kepada Allah," katanya.
KAEDAH PELAKSANAAN AKAD NIKAH DI MASJID
1. Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2. Niat I'tikaf.
3. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
4. Bapa minta izin daripada anak.
5. Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
6. Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
7. Pemilihan saksi.
8. Membaca khutbah nikah.
9. Ijab qabul dijalankan.
10. Membaca doa.
11. Membaca lafaz ta'lik.
12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.
PERINGATAN
1. Jika pengantin perempuan uzur syar'ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
2. Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.
3. Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak masuk ke dalam masjid.
4. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
5. Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6. Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.
CARA SUJUD SYUKUR
1. Berwuduk.
2. Menutup aurat.
3. Menghadap kiblat.
4. Berdiri, terus bertakbir sambil mengangkat tangan ke telinga dan niat; "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala".
5. Terus sujud sekali dan membaca;
6. Niat di dalam hati; "Aku bersyukur kerana dikurniakan suami / isteri".
7. Terus duduk dan memberi salam.
Semua ulama sepakat bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh syarak.
1. Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2. Niat I'tikaf.
3. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
4. Bapa minta izin daripada anak.
5. Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
6. Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
7. Pemilihan saksi.
8. Membaca khutbah nikah.
9. Ijab qabul dijalankan.
10. Membaca doa.
11. Membaca lafaz ta'lik.
12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.
PERINGATAN
1. Jika pengantin perempuan uzur syar'ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu dating ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
2. Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.
3. Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak masuk ke dalam masjid.
4. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.
5. Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.
6. Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.
CARA SUJUD SYUKUR
1. Berwuduk.
2. Menutup aurat.
3. Menghadap kiblat.
4. Berdiri, terus bertakbir sambil mengangkat tangan ke telinga dan niat; "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala".
5. Terus sujud sekali dan membaca;
6. Niat di dalam hati; "Aku bersyukur kerana dikurniakan suami / isteri".
7. Terus duduk dan memberi salam.
Semua ulama sepakat bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh syarak.
10 comments:
nice! informative dan bermanfaat :)
tengz
ohhhh , baru tahu :))
wani.. sme la kite.. bru thu.. jumpe terus je amik .. hehehe
p/s: sweetkn y no 13 tuk p'laksanan akad nikah di msjid 2
akak rasa nikah kat mesjid mmg bagus sbb tempat suci utk meterai satu ikatan yg suci...Si Kris Dayanti tu ler yg cium molot kat mesjid lepas nikah...tu yg jadi isu tu...!!!
2 lh pasal nyer yer kak...??
ooo... 2-3 ari lepas ad terbce post ckp kawen kt mesjid haram..
bile jumpe artikel ni terus je amik.. n post kt sini tuk pngetahunan bersama..
nice info..
tqvm..
psst:follow u, :)
nt nak nikah kat masjid la gini :)
follow u~
hafiz: tengzz
hajar:
erm.. klu ad rzeki ape salahnyer kn.. moga2 impian hajar termkbul. amin
Post a Comment